Karier Bang Min-ah

Girl's Day

Rencana utama: Girl's Day

Pada 9 Julai 2010, Minah membuat penampilan pertamanya sebagai ahli kumpulan wanita, Girl's Day dalam Music Bank menerusi lagu single pertama mereka, "Tilt My Head".[7] Girl's Day telah mengeluarkan 3 album penuh, satu album kompilasi dan 5 album mini.

Karier solo

Pada tahun 2010, Minah telah dipilih untuk berlakon dalam Performer sebagai seorang penari wanita.[8] Walau bagaimanapun, projek ini kemudiannya dibatalkan. Minah kemudiannya membuat penampilan lakonan pertamanya dalam Roller Coaster di dalam segmen "Frustrated, but Let's Stick Together." Ia disiarkan menerusi saluran tvN.[9]

Pada tahun 2013, Minah mempunyai peranan utama dalam filem Holly. Beliau juga menggantikan IU sebagai pengacara dan mengacara The Music Trend (sebelum ini dikenali sebagai Inkigayo) dari bulan Ogos 2013 sehingga Januari 2014.[10] Pada tahun 2015, Minah telah dipilih sebagai ahli untuk Law of the Jungle di Nicaragua.[11]

Pada 3 Mac 2015, DreamT mengumumkan bahawa Minah akan membuat penampilan solo pertama beliau pada pertengahan bulan Mac.[12] Minah mengeluarkan album mini solonya bertajuk I Am a Woman Too pada 15 Mac 2015.[4]

Minah mengeluarkan single digital solo "Other Way" pada 11 November 2017.[13] Minah mengambil bahagian dalam menulis lirik lagu "11°", dan juga mengambil bahagian dalam menyusun lagu tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Bang Min-ah http://www.allkpop.com/article/2010/11/girls-day-m... http://www.allkpop.com/article/2011/01/girls-days-... http://www.allkpop.com/article/2013/07/girls-days-... http://www.allkpop.com/article/2014/07/girls-days-... http://www.allkpop.com/article/2015/07/hani-jackso... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2015/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2010/... http://dramanice.com/shut-up-family/watch-shut-up-... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://www.kdramastars.com/articles/13261/20131219...